RSS

<-----Yang Terhangat----->

Anak Pula Temui Ajal ziarah Pusara ibu


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, berita ini mengisahkan anak pula temui ajal ziarah pusara ibu. untuk berita penuh,baca selanjutnya.

PRAI: Ketika kubur isterinya masih merah, seorang lelaki terpaksa menanggung kesedihan berganda apabila anak keduanya pula maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang (JPP) di sini, semalam.


Kejadian berlaku jam 8 pagi ketika mangsa, Batrisyia, 7, bersama tiga adik-beradiknya menaiki Toyota Avanza dipandu bapa mereka, Osman Kerya, 42, dalam perjalanan dari Batu Uban, di sini, ke Grik, Perak, untuk menziarahi kubur isterinya, Norzita Mustafa, 37, yang meninggal dunia 12 hari lalu akibat kanser tulang.

temui ajal ziarah pusara ibu


Ketika tiba di tempat kejadian, kereta Osman dipercayai bergesel lori sebaik melepasi Plaza Tol JPP sebelum terbabas dan merempuh pokok di kiri jalan. Berikutan itu, mangsa tercampak keluar sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan anggota badan.

Selain Osman yang cedera di kedua-dua tangan, tiga lagi anaknya, Balqis, 10, Baizatul Akmah, 6, dan Baizatul Husnah, 4, cedera dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini. Nenek mangsa, Fatimah Wan Chik, 70, yang juga ibu Osman berkata, pada awalnya anaknya merancang ke Grik hari ini, tetapi mengubah rancangan dengan bertolak     pagi semalam.

“Dia (Osman) mahu bawa anak-anak menziarahi kubur isteri yang meninggal dunia 12 hari lalu akibat kanser tulang.

p/s: Ajal maut semuanya di tangan Allah. Siapa sangka dalam menziarahi pusara arwah isterinya, anaknya pula yang temui ajal. semoga roh arwah isteri dan anak encik Osman dicucuri rahmat.amin..


baca yang ni pula:
Kereta putus lekat di tiang
Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed