RSS

<-----Yang Terhangat----->

Astro Hampir Pasti Naikkan Harga


astro lo Astro Hampir Pasti Naikkan Harga astro naikkan harga

KUALA LUMPUR – Stesen penyiaran berbayar tunggal negara, Astro dilihat hampir pasti akan menaikkan harga sebahagian besar pakej-pakej yang ditawarkannya bermula 11 Julai depan.
Selain tiada kenyataan rasmi berhubung sebarang bentuk penangguhan, sebahagian besar daripada jutaan pelanggan Astro sudah menerima surat memaklumkan mengenai peningkatan harga itu.
Selain itu, sumber memberitahu Mynewshub.my, para eksekutif khidmat pelanggan (CSE) Astro sudah mula dilatih secara berperingkat-peringkat untuk bersedia menjawab persoalan pelanggan berhubung kenaikkan pakej baru itu.
“Mereka semua (CSE) sudah dibekalkan dengan skrip untuk menjawab persoalan pengguna perkhidmatan mereka berhubung kenaikkan itu nanti,” katannya kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Bermula 11 Julai, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.
Isu iklan walaupun perkhidmatan dibayar, hilang siaran ketika hujan, program yang berulang-ulang merupakan antara ‘trademark’ Astro yang kurang disenangi rakyat.
Mereka mahu isu-isu diatasi dahulu sebelum Astro bertindak menaikkan harga pakej mereka.
Setakat ini, tidak ada satu kementerian pun yang dilihat effektif dalam isu ini. Semuanya lebih banyak bercakap dari membuat sesuatu yang bermakna.
Esok, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan sidang akhbar dan dijangka mengumumkan tindakan boikot termasuk pemotongan perkhidmatan di kalangan para ahlinya yang berjumlah 1.5 juta orang.
Namun, adalah diyakini tindakan PPIM pun lebih bersifat populis semata-mata dan tidak akan membawa sebarang kesan.

Kini, terpulang kepada pengguna sendiri sebenarnya untuk menentukan bentuk tindakan yang sewajarnya.

Oleh Arshad Khan

SUMBER
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed