RSS

<-----Yang Terhangat----->

Ayam 2 Hari Terkurung Dalam Peti Masih Hidup


 Menakjubkan Seekor ayam mampu bertahan hidup setelah dua hari terperangkap di dalam peti sejuk bahagian beku. Padahal secara logik tak ada ayam yang mampu bertahan hidup dalam suhu di bawah 0 darjah celcius. Seperti dikutip Ananova, Gan Shugen terperanjat ketika mendapati ayam yang terbungkus plastik dengan kaki terikat itu masih hidup, setelah dua hari disimpannya di dalam peti sejuk.Ketika dikeluarkan dari plastik, nampak pula gumpalan kotoran ayam telah membeku menjadi ais.


Ayam 2 Hari Terkurung Dalam Peti Masih Hidup
Awalnya dirinya tak tahu jika ayam pemberian keluarganya itu masih hidup, ketika dimasukkannya ke dalam peti sejuk. “Saya mendengar ada suara-suara lemah, dan ketika membuka peti sejuk, kepala merah ayam itu langsung keluar,” ujarnya.

Sementara itu, salah satu ahli peternakan dari China, Li Fazhi mengatakan kejadian itu sangat di luar logik ilmiah. “Jika ayam betina itu terkunci di dalam almari itu masih menakjubkan, tapi kalau bertahan hidup di dalam peti sejuk beku itu sungguh ajaib,” ungkap Li.

Anehnya lagi, Gan pun mencuba melakukan percubaan kepada ayam ajaib itu. Gam memasukkan lagi ayam itu selama 20 minit ke dalam peti sejuk, ketika sebuah stesen televisyen datang membuat liputn. Dan ternyata ayam itu tetap hidup! Kini, Gan pun memutuskan akan menjaga ayam tersebut dan tak akan memotong mahupun memakan ayam ajaib tersebut 


sumber
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 

speed