RSS

<-----Yang Terhangat----->

Pengeluaran iPhone 5 Akan Bermula Bulan Ogos Ini?


Kini ianya dilaporkan yang mana Apple bakal membuat pengeluaran iPhone generasi akan datang bermula bulan Ogos ini, sekaligus menepati ura-ura memperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iPhone generasi baru mereka itu sekitar bulan Ogos atau September.


Selain daripada pelancaran dan pengumuman iPhone generasi baru yang membawakan beberapa penambahan dari segi spesifikasi dan sebagainya, ianya juga turut dilaporkan yang mana berkemungkinan Apple akan membuat pengumuman berkaitan iPhone untuk pengguna biasa, yang berharga lebih murah, dengan spesifikasi yang lebih rendah.


Selain daripada telefon pintar, ianya juga pada masa yang sama diperkatakan yang mana Apple turut sama sedang dalam membangunkan sebuah set televisyen yang berasaskan platform iOS. Ianya diperkatakan yang mana Apple sedang berbincang dengan beberapa pengeluar perkakasan, dan ramai mengatakan yang mana Samsung merupakan salah seorang pihak yang mana Apple sedang berbincang dengan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


sumber
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed