RSS

<-----Yang Terhangat----->

Windows 8 Akan Mencapai Fasa RTM Pada April 2012?


Nampaknya, mungkin kita akan dapat melihat dan menggunakan sistem operasi generasi akan datang Windows lebih awal daripada apa yang dijangkakan, apabila kini ianya diura-ura akan yang mana pembangunan Windows 8 bakal mencapai fasa pembangunan RTM pada bulan April 2012 kelak.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Microsoft bakal memperkenalkan Windows 8 Beta pada pertengahan September ini, membolehkan para pengguna untuk mengujinya terlebih dahulu, dan memberikan maklumbalas dan input berguna dalam terus membangunkan sistem operasi generasi akan datang daripada Microsoft itu.

RTM ataupun Release-To-Manufacturing merupakan fasa terakhir memperlihatkan sesuatu aplikasi atau perisian itu sudah pun habis dibangunkan, dan sedia digunakan oleh semua.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura, dan tentunya kita akan ketahui lebih perkara berkaitan Windows 8 ini menjelang bulan September kelak pada acara BUILD yang bakal dianjurkan oleh Microsoft sendiri.

sumber
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 

speed