RSS

<-----Yang Terhangat----->

Cincin Datin Seri Rosmah bernilai RM24.4 juta?


hai kawan-kawan,amri ingin berkongsi satu berita mengenai cincin datin seri rosmah mansor bernilai RM24.4. baca di bawah untuk berita penuh ye.

Datin Seri Rosmah

PULAU PINANG : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menyiasat pembelian sebentuk
cincin berharga RM24.4 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Laporan itu dibuat oleh pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin pada pukul 11.45 pagi tadi di SPRM Pulau Pinang.

rosmah mansur
 screenshot dari kastam
Menurut Badrul, pihaknya mendesak SPRM secara serius menjalankan siasatan terhadap punca dan sumber wang yang digunakan Rosmah bagi membeli cincin berkenaan.

Badrul sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York, tanpa dikenakan cukai.
cincin rosmah
screenshot dari kastam
“Kita juga ingin mendapatkan penjelasan (dari perdana menteri dan isterinya) dan penyiasatan serius serta pantas kerana kami mendapat sumber bahawa arahan telah diberikan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar maklumat pangkalan data dan bukti dipadam,” kata Badrul atau Chegu bard.

cincin rosmah
screenshot dari kastam 
Menurut Badrul, bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.


cincin rosmah
screenshot dari kastam
“SAMM juga telah membuat kajian padanan barangan syarikat Jacob & Co terhadap perhiasan rosmah dan ternyata kebanyakan perhiasannya adalah dari syarikat tersebut,” kata Badrul.

Menurut beliau, gambar bukti pemadanan tersebut akan dimasukkan ke laman internet secepat mungkin.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ oleh sesetengah pihak membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Beliau juga dikatakan gemar melancong menerusi perbelanjaan lawatan rasmi suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak RM17,118,650.58 diperuntukkan bagi tujuan itu dari 2008 hingga 2011.
  
p/s: sekadar perkongsian mengenai cincin Datin Seri Rosmah Mansor yang bernilai RM24.4 juta.
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed