Hai semua,kali ini amri ingin share dengan kawan-kawan semua mengenai Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.
Dalam bab terakhir ini,ia bermula dengan Harry, Ron, dan
Hermione meneruskan usaha mereka untuk mencari dan memusnahkan tiga baki Horcrux Dark Lord, iaitu benda ajaib yang bertanggungjawab untuk keabadiannya. oleh sebab Deathly Hallows belum terbongkar, dan Voldemort mengetahui mengenai misi mereka, maka bermulalah peperangan terbesar berlaku..
Dalam part 1 sebelum ni,memang best. Biasalah kan,citer Harry Porter memang best pun kan. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 14 Julai. Tapi malangnya, waktu ni Amri takde kat KL. sebab kena posting ke Hospital Slim River,Perak. Agak-agaknya,bila lah amri dpt tengok ye..huhu..kepada kawan-kawan semua,jomla tengok citer Harry porter ni. Tapi kalau yang belum tengok lagi yang part 1,better tengok dulu lah kan.sebab kalau tak,kita tak tahu kesinambungan citer ni.
GSC Self Print Ticket
Ok,apa-apa pun,tunggu 14 Julai nanti.Amri yakin mesti first week panggung penuh je. Macam Transformers 3 hari tu. Time amri tengok pun dapat row depan2 dah.hehe..tu pon nasib baik beli online.Yela kan sebab kalau Golden Screen Cinema(GSC), dia ada Self Print Ticket. Dah 2,3 kali dah amri guna self print tiket. Tapi xpernah pulak nampak ada orang lain yang guna self print ticket untuk masuk. So,kalau yg belum tahu tu, guna lah self print ticket. Senang, print sendiri je.pastu time nak check in masuk,bagi je tiket yg kita print tu.xyah nak collect atau beratur kat kaunter.hehe
0 komen:
Post a Comment