Kuantan PC Fair 2011(II) - 1-3 Julai 2011
Mulai hari ini(1 julai) hingga
ahad(3 julai)akan berlangsung PC Fair atau namanya PIKOM PC Fair. Untuk pengetahuan kawan-kawan,amri dulu pernah pegi ke pc fair kat kuantan ni kat Megamall. Masa tu belajar kat Kolej Matrikulasi Pahang,tahun 2005/2006. So,memang eksited sangatla nak pergi sebab first time nak pegi. Bila pergi,wow memang ramai orang. Kat situ macam-macam peralatan komputer dan digital macam pc,laptop,kamera, speaker,mp3 player dan macam-macam lagi. Tapi korang janganla pulak pergi cari tv ke,radio ke, periuk nasi ke kat situ.hehe. Sebab peralatan macam tv,peti sejuk tu takde kat pc fair..nama pon "PC" kan.hehe...
Jadi,dijadikan cerita,masa tu Amri manalah ada duit sangatkan.duit matrik pon cukup-cukup makan je.hehe. Tapi,ada duit sikit, Amri beli mp4. Kiranya masa tu mp4 memang tengah femesla.hehe. Sampai sekarang mp4 tu ada,tapi kat rumah dah bagi kat adik-adik. Adik-adik amri ni dorang xreti sangat jaga barang yang amri kasi. Kalau kasi,mesti dah tak tahan lama. mp4 tu masih ok,cuma wayar charger dia je yang ada problem sikit. Dulu, amri kasi lah kat dorang discman amri sebab jarang pakai kan.dulu beli pun sebab nak pasang cd mp3 pastu sambung kat speaker.hehe..yang discman ni,dah takleh guna dah. entah macam manalah adik amri guna,sampaikan berasap discman tu. sabor jelah kan.hahaha...
Oh ye,ni dah terlebih citer pasal mende lain plak kan.hehe. So,ape kelebihan pc fair ni ye? untuk yang belom tahu,kalau kat pc fair, sebenarnya banyak barang yang dijual pada harga murah. Memang murah. Tapi hati-hati jugak tau sebab kadang-kadang ada jugak barang yang dah tak berapa elok..huhu.sebab sekarang ni amri belajar kat KL.so,memang senangla nak pegi ke PC Fair. Yang selalu amri pegi yang kat KL COnvention Centre,kat menara KLCC. memang sesak.
Yang selalu amri nampak,bila pc fair,memang ramai orang datang bawak kamera-kamera mereka yang mahal tu (DSLR la kan.hehe)..pastu, yang xleh blahnye,majoriti sibuk duk ambil gambar model-model kat booth-booth produk masing-masing. Taulah model-model tu cantik-cantik dan seksi-seksi.hahaha..
Oh ye,terlupa satu benda, kawan-kawan amri cakap,bila ada pc fair kat KL, barang-barang kat Plaza Low Yatt pun jadi lagi murah. Malah ada yang lagi murah daripada kat pc fair. yang tu amri tak pasti jugak sebab tak pernah lagi survey.sibuk dengan kelasla katakan.hehe..so,betul ke kawan-kawan?
0 komen:
Post a Comment