RSS

<-----Yang Terhangat----->

Roti Gardenia- kisah yang perlu anda tahu


Roti Gardenia? Brand apa tu? Tipulah kan kalau anda semua tidak pernah dengar nama roti Gardenia kan? Satu jenama buatan Malaysia yang memang terkenal kerana tahap kesedapannya.
roti gardenia Butterscotch


Salah satu yang paling amri minat adalah roti gardenia butterscotch. Makan macam begitu sahaja, tidak perlu letak jem , cicah air atau apa-apa.hehe. Amri tidak mahu menulis panjang lebar pasal roti gardenia ini, sebab amri mahu berkongsi secara ringkas mengenai kisah di sebalik pemilik atau tuan punya syarikat ini. Jom baca lagi ya...



Macam tak percaya, amri tidak sangka yang pemilik syarikat ini orang melayu terkaya di malaysia mahupun di dunia. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seorang yang datang dari keluarga miskin semasa kecil. Kisah hidup beliau memang sangat amri kagum. Seawal sekolah rendah, kecil-kecil lagi sudah pandai membantu ibunya menanam sayur , berniaga di pasar dan menjual roti canai. Bila habis waktu sekolah pula, sebelah petang dia membantu ayahnya mengembala haiwan ternakan. Dari situ kita dah nampak kesungguhan beliau kan. Kalau kecil-kecil amri suka memancing je.hehe

Pada permulaan penternakan, ayahnya telah muflis , gara-gara jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Habis hancur berkecai pernigaan itu. Tapi bagi Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary perkara itu baginya adalah suatu cabaran. Orang kata dari kesusahan itulah kita belajar untuk berjaya. Tidak semudah itu sahaja, beliau membuat bisnes pengangkutan. Semakin hari, semakin berjaya. Setelah itu, beliau ceburi pula bisnes berasaskan beras. Terbukti juga berjaya dan semakin berkembang dan terus berkembang , ditambah lagi perniagaan pakaian dan perkapalan. Malah tidak lupa juga bisnes roti gardenia ini. Sedapkan roti Gardenia ni.

Jasa
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini memang banyak, sama ada dalam komuniti masyarakat atau agama. Beliau ini tidak fikirkan dunia semata-mata, akhirat tidak dilupa. Bak kata beliau," Saya tidak mengumpul harta untuk isteri dan anak. wang bukan segala-galanya. Apa yang membantu saya masa hadapan adalah kebaikkan yang dilakukan".


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya :
MMC,
Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS,
Gardenia,
DRB-HICOM dan
Bank Muammalat

Kereta : Proton Perdana

Sumbangan sosial:
Yayasan Al-Bukhary,
Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary,
Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
Pengindahan Masjid Negara,
Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan
haji.
Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor


p/s: hebatkan Jasa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ni
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed