RSS

<-----Yang Terhangat----->

Seorang lelaki Malaysia Tukar jantina


Seorang lelaki Malaysia Tukar jantina? sebelum ini memang kita ada mendengar yang seorang lelaki telah membuat permohonan di mahkamah di Terengganu untuk menukar namanya kepada seorang perempuan. Dan keputusan mahkamah telah pun dikeluarkan. Baca di bawah untuk selanjutnya.

KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”



Mohd Ashraf Hafiz
Mohd Ashraf Hafiz

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.

p/s: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah pun membuat pembedahan menukar jantina di Thailand,tetapi permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz twlah ditolak oleh mahkamah

sumber
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed