Assalamu'alaikum dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan semua..
Kenapa ya amri tidak berapa semangat untuk raya pada tahun ni. Kemana semangat raya ku? Amri tahu, mesti semua orang semangat untuk
sambut raya kan? lagi-lagi kalau ada cuti.hehe
Amri cuti raya seminggu, tapi hati ni berat je untuk balik. Apa ini raya terakhir ke buat amri? Hari tu, amri telefon ayah, cakap yang tiket bas balik Dungun,T'ganu dah abis, jadi kalau memang takde tiket, amri tak balikla. Tapi, ayah cakap, cuba cek lagi nanti,mana tahu kot-kot ada bas tambahan kan.
Pastu, bila amri pikir-pikir semula, better amri balik je kan, biarlah amri balik naik motor Modenas Gt128 amri ni pun. Sebab dari nada percakapan ayah, memang ayah mengharapkan sangat amri balik. Yela,lagipun bila cuti panjang jela amri dapat balik.
mesti kawan-kawan tertanya, kenapa amri tak telefon mak jugak kan..sebenarnya,sebelum ni, mak amri terkena buatan orang, hinggakan kacau bilau hubungan mak ngan ayah dan keluarga amri. Semuanya bermula Ramadhan tahun lepas. Dan kisahnya memang agak rumit. Mujurlah, perkara ini semua tidak memberi effek kepada pelajaran amri. Dahla tak lama lagi nak exam professional Doktor. Mohon Allah permudahkan segalanya untuk Amri.Amin..
Bila perkara ni menjadi lebih parah sebelum puasa tahun ni,amri memang rasa agak tertekan, buatkan amri malas balik rumah. tak nak pikir pasal masalah tu. Biarlah stay kat KL ni je. Pikirkan pasal pelajaran ni je. Tapi,amri kesian jugak kat ayah, sebab ayahla yang paling terasa akibat mak kena buatan orang ni. Dan ketika amri tulis entry ni,21 ogos,bersamaan 21 Ramadhan, emak masih belum bertegur sapa dengan ayah. Sangat-sangat sedih amri rasa. Kawan-kawan yang pernah mengalami perkara sebegini, mungkin faham dengan apa yang amri rasakan.
Satu je pinta amri, semoga emak kembali pulih seperti asal dan keluarga kami bahagia semula seperti dulu.amin..maafla kawan-kawan, kalau entry amri ni lain sikit ya. diharapkan,dengan berkongsi di sini, kurangla sikit bebanan yang amri rasakan. insyaAllah..
0 komen:
Post a Comment