RSS

<-----Yang Terhangat----->

Perkahwinan Danny X-Factor & Leen


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,sebelum ini amri ada keluarkan artikel mengenai Danny X-Factor Berkahwin 16 September. Dan Alhamdulillah,segalanya telah berjalan seperti yang telah dirancang.

Pada tanggal 16 September lalu bersempena hari Malaysia, pelakon & penyanyi Danny X-Factor telah pun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang pramugari AirAsia, Leen atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian dengan hantaran berjumlah RM11,201.10 di kediaman pengantin perempuan iaitu di Kampar, Perak.

“Alhamdullilah, sempena hari malaysia & 16 syawal, kami berdua menjadi suami isteri. Macam mimpi sebenarnya, macam berlakon pula. Perkahwinan merupakan benda yang paling besar berlaku dalam hidup saya. Jadi, Zaidatul Norfazleen Zakaria ialah isteri saya,” ujar Danny yang teruja menjadi seorang suami.

Leen turut menyatakan rasa syukurnya kerana dipertemu dan dijodohkan dengan Danny.

Menurut Leen, “Kami jumpa sekejap, kemudian bertunang 6 bulan seperti yang dijanjikan. Kini, saya happy menjadi seorang isteri buat Danny.”

Majlis resepsi pasangan ini dijangka akan diadakan pada bulan Disember di Dewan Seri Endon.

Berikut beberapa gambar sempena
Perkahwinan Danny X-Factor dan Leen.

Danny X-Factor Kahwin

Danny X-Factor Kahwin


Danny X-Factor Kahwin

Danny X-Factor Kahwin

Danny X-Factor Kahwin

sumber gambar-Ohbulan&mummycute
kelab-jutawan


Kongsi
 

speed