RSS

<-----Yang Terhangat----->

Hattan dan Isteri Sah Bercerai Talak Satu


Hattan dan isteri sah bercerai talak satu. Beberapa minggu sebelumnya, Hattan,48 menafikan yang dia telah bercerai dengan isterinya yang baru dinikahi, Farah Asyikin Othman,34 iaitu pada 11 November 2011.

hattan bercerai dengan Farah Asyikin


Sinar Harian hari ini telah melaporkan bahawa Hattan telah disahkan bercerai dengan isterinya Farah Asyikin Othman, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah.

Namun demikian, Hattan belum memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai penceraian ini. Perkahwinan Hattan dan Farah Asyikin hanya bertahan selama 2 bulan. Majlis perkahwinan Hattan yang sebelum ini diadakan secara tertutup dihadiri oleh saudara-mara dan teman-teman terdekat termasuk Dato' M.Nasir, Mambai dan Ramli Sarip di rumahnya di Sri Menanti.

Hattan yang sebelum ini menduda selama 6 tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin, dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13, hasil perkahwinannya sebelum ini.

p/s: mungkin ini bukan jodoh mereka, tetapi sekiranya perkahwinan ini dapat dikekalkan adalah lebih bagus. Semoga Farah Asyikin dan Hattan dapat meneruskan hidup mereka dengan biasa dan tabah dengan dugaan yang terjadi.
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed