KUALA LUMPUR, 30 JUN 2011: Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba hubungan dua aktres jelita tempatan iaitu Nur Fazura atau Fazura dengan Neelofa dikatakan sedang berdepan dengan masalah.
Kononnya ianya berpunca daripada sikap dan tindakan Neelofa yang dikatakan telah mengaitkan Fazura dengan kisah peribadinya. Lantaran itu, Fazura dikatakan bengang. Malah, dia telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Dewi Remaja 2011.
Kata Fazura, dia tidak
pernah kisah dengan siapa pelakon baru itu hendak bercinta mahupun berkawan, cuma jangan sekali-kali menyentuh atau melibatkan dirinya.
"Saya tak pernah ada masalah dengan dia. Malah, saya tak kisah dia nak kawan dengan sesiapa pun kerabat ke, VIP ke, duda ke terpulang kepada dia. Tapi yang saya kecewa, bila dia telah melibatkan nama saya sekali," katanya kepada murai.com.my mengulas mengenai isu perbalahannya bersama Dewi Remaja 2011 itu.
Fazura juga dikatakan tidak selesa apabila namanya turut dikaitkan dengan Neelofa yang dikatakan telah diburu lelaki kenamaan yang dikatakan turut mempunyai gosip hubungan dengannya.Ditemui pada majlis pelancaran drama Tahajjud Cinta, kata Fazura, dia sendiri terkejut apabila namanya acapkali dikaitkan dengan kelompak rakan-rakan pelakon baru tersebut.
"Cerita yang diperkatakan oleh mereka ini sama sekali tidak benar. Dan, saya mendapat tahu hal ini pun daripada rakan-rakan dia juga. Pleaselah, jangan libatkan saya dengan kisah dia. Saya juga tak ada kena mengena dengan mana-mana kenamaan, kerabat atau apa juga uyang berkaitan dengannya," jelasnya penuh kesal.Mengharapkan agar kisah tersebut hilang begitu sahaja, duta Lux ini berkata, dia sememangnya tidak mempunyai masa untuk melayan perkara tersebut.
"Saya tak nak layan sangat benda macam ini kerana matlamat saya hanya mahu berjaya dalam bidang lakonan. Saya tak ada masa nak layan benda-benda yang remeh seperti ini dan satu sahaja pinta saya, kalau dia nak keluar atau berkawan dengan siapa sahaja silakan. Tapi, tolong jangan kaitkan nama saya," katanya.
sumber
0 komen:
Post a Comment