KUALA LUMPUR, 30 JUN 2011: "Saya tak pernah pun mengaitkan nama dia (Fazura) serta tak pernah mempunyai masalah dengan dia. Kalau ada yang mengaitkan namanya, itu bukan saya. Penulis yang telah menulis cerita yang libatkan namanya itu, langsung tidak tahu cerita yang sebenar," kata pelakon serta pengacara baru, Neelofa.
Neelofa berkata demikian setelah
diminta oleh murai.com.my untuk mengulas tentang isu pergolakannya dengan aktres Fazura.

Kedua-dua wanita jelita itu, dikatakan berselisih faham berikutan nama Fazura dikaitkan dengan kisah peribadi Neelofa yang dikatakan cuba dihampiri oleh lelaki kenamaan yang turut mempunyai hubungan dengan Fazura.
Pelakon kelahiran Kelantan ini berkata lagi, sekiranya aktres yang popular menerusi filem Pisau Cukur itu mahu memarahinya atas kesalahan yang bukan dilakukannya, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa."Kalau dia nak marah saya atas kesalahan yang bukan salah saya, saya tak boleh nak buat apa-apa.
Saya tak ada kuasa nak perbetulkan cerita yang tidak betul itu kerana bukan saya yang mengaitkan namanya. Tapi, mungkin ada ruang untuk kita perbaiki semula perkara tersebut," jelasnya.Mengakui lelah dengan apa yang berlaku, kata Neelofa, penglibatannya yang baru saja masuk 5 bulan dalam bidang ini telah banyak mengajarnya untuk bersikap lebih matang dalam mengharungi liku-liku sebagai anak seni."Saya akui terkejut serta tidak menyangka dengan apa yang telah berlaku ini. Bukan saya yang sengaja mencetuskan segala isu ini.
Namun, saya bersyukur kerana apa yang saya lalui ini mengajar saya untuk menjadi lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai anak seni. Apa yang penting saya mahu berjaya menjadi insan seni yang cemerlang," katanya yang mengharapkan agar tidak ada lagi mencetuskan kontroversi menemani kehidupannya selepas ini.
Ditemui pada majlis pelancaran drama Tahajjud Cinta, kata Neelofa, seboleh mungkin dia mahu lebih fokus pada layar perak berbanding televisyen. Sehingga kini, 3 buah filem telah dijayakannya. Antaranya, King Kapcai dan Azura 2011.
sumber-oh bulan

0 komen:
Post a Comment