RSS

<-----Yang Terhangat----->

79 juta SMS sehari-Celcom


CELCOM Axiata Berhad (Celcom) mengunjurkan pertumbuhan dua kali ganda dalam penggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi kempen 10 hari ‘Who Will Win’ iaitu cabaran mengundi bagi acara terbaik termasuk sukan dan gaya hidup yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, ketika ini jumlah purata penggunaan SMS Celcom ialah 79 juta sehari dan kempen itu akan dimulakan dengan
perlawanan bola sepak antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menentang dua kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 13 dan 21 Julai ini.
PELUANG MENANG...Shazalli (tiga dari kanan) pada pelancaran ‘Who Will Win’ di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Celcom syarikat telekomunikasi rasmi bagi perlawanan Malaysia XI bertemu Arsenal dan Malaysia XI bertemu Chelsea. “Pengguna Celcom layak untuk menyertai pelbagai permainan interaktif melalui SMS dengan menjawab soalan mengenai perlawanan, berita terkini, gambar hiasan dan muzik. Setiap caj SMS ialah antara 30 sen hingga RM7 bergantung kepada jenis perkhidmatan,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Who Will Win’ di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, antara hadiah menarik ditawarkan ialah tiket menyaksikan perlawanan itu secara percuma dan memenangi jersi pasukan bola sepak yang ditandatangani oleh pemain pasukan terbabit.

Sementara itu, Shazalli berkata, syarikat turut menyusun strategi bagi melancarkan lapan produk terbarunya kepada pelanggan Celcom sebelum akhir tahun ini.

“Celcom sentiasa mempertingkatkan usaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dan dalam masa yang sama kami melakukan pelbagai aktiviti menarik bagi memperkukuhkan jenama syarikat.

“Terbaru, melalui perkhidmatan laman sosial Koloni, kami mendapati ia sudah menyasarkan penggunaan yang lebih daripada jumlah diunjurkan di awal kemunculannya,” katanya.

p/s: wow,banyak betol.ni baru celcom.belum maxis,digi lagi.huhu

sumber
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed