RSS

<-----Yang Terhangat----->

Bekas banduan rancang bunuh Obama


McVay

PIERRE (Dakota Selatan): Seorang bekas banduan yang didakwa membunuh seorang wanita warga emas dikatakan turut merancang menamatkan riwayat Presiden Amerika Syarikat.

Menurut pendakwa, James McVay, bekas banduan t
ersebut menyusun rancangan melakukan pembunuhan ke atas beberapa orang, termasuk presiden dan polis.

Berdasarkan pertuduhan, bekas banduan itu berkata, dia akan “membunuh dan membunuh sehingga saya mendapatkan dia” yang merujuk kepada presiden.

Pendakwa berkata, McVay bercadang pergi ke Chicago atau Indianapolis untuk melakukan pembunuhan seterusnya sebelum mencuri kenderaan dan memandu ke Washington.

Apabila tiba di Washington, McVay akan melepaskan tembakan ke arah Barack Obama menggunakan raifal.

 McVay, 41, semalam dibicarakan atas tuduhan membunuh Maybelle Schein, 75, ketika mangsa tidur.

Tertuduh dikatakan mengelar leher Maybelle menggunakan pisau perkhemahan di rumah mangsa di Sioux Falls.

McVay kemudian melarikan kereta Maybelle ke Madison sebelum bercadang menyerang dan membunuh seorang anggota polis bagi mendapatkan senjata apinya.

Tertuduh mengaku mula merancang siri pembunuhan itu dua tahun lalu ketika dia masih meringkuk dalam penjara di Dakota Selatan.

Beberapa jam selepas meninggalkan program peralihan komuniti pada 30 Jun lalu, McVay berjalan ke pasar raya untuk mencuri pakaian serta pisau.

 Dia kemudian memecah masuk ke rumah Maybelle dan membunuhnya kerana ternampak ada kenderaan di garaj rumah mangsa.

 Pendakwa berkata, McVay akan membunuh sesiapa saja setiap kali ada peluang.

 “Tertuduh perlu membasahkan tangannya dengan darah untuk membiasakan diri membunuh,” katanya.

 McVay ditahan pada 2 Julai lalu di Madison, Wisconsin. - DM

p/s: bahaya jugak bekas banduan ni ye.
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed