RSS

<-----Yang Terhangat----->

Lawak Cita-Cita


Cuti akhir tahun bagi murid-murid sekolah telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 4 Dinamik dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fatimah.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyemai semangat belajar dalam diri pelajar dengan mengajukan soalan mengenai cita-cita mereka.

matahari
Satu persatu pelajar dengan
bersemangat menjawab.

Ali : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fatimah : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan free.

Ahmad : Saya ingin jadi petani moden cikgu.

Cikgu Fatimah : Lagi bagus…nanti bolehla hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu ye Ahmad.hehe


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Razif dari meja belakang...


Cikgu Fatimah : Yer saya...

Razif : Cita-cita dorang semua tak mencabar la cikgu. Cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia.Saya ingin menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke matahari.

 

Semua murid bertepuk tangan dan bersorak.


Cikgu Fatimah : Saya rasa cita-cita awak tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan.tapi ni jaraknya masih jauh. Kalau dekat?huhu

Semua pelajar tengok Razif.

Razif : Ala..cikgu ni...cikgu ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas.Tapi saya bercadang nak pergi waktu malam. Malam kan sejuk cikgu. Macam semalam sejuk je...

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s: kalau amri jadi cikgu tu,sabor jelah ye.hehe
kelab-jutawan


Kongsi
 

speed