RSS

<-----Yang Terhangat----->

Showing posts with label lawak jenaka. Show all posts
Showing posts with label lawak jenaka. Show all posts

Debat Taik Hidung(Bagi yg faham loghat Terengganu)


Debat Taik Hidung(Bagi yg faham loghat Terengganu)




p/s:lawak betol Debat Taik Hidung(Bagi yg faham loghat Terengganu).hehe
kelab-jutawan


Kongsi

Fatimah

Fatimah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Siapa orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Fatimah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Fatimah dengan jarum,Fatimah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Fatimah sebab bagi jawapan yang betol.

Fatimah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Fatimah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Fatimah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Fatimah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.



p/s:nama watak Fatimah di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati.Sekian..
Kongsi

Sembahyang Pakai Helmet

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, ape kes lak ya sembahyang pakai helmet? Ok2, kawan-kawan jangan ambik serius lak ye. Ini adalah kes lawak je.apa-apa pun, selamat melayan lawak sembahyang pakai helmet ni ya :-)

pakai helmet


Syahrul merupakan seorang kaki pancing, mana saja lubuk atau sungai semua dia pergi, kalaulah ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, si Syahrul ni mesti pergi cuba memancing kat situ.

Satu hari semasa minum kat kedai kopi Pak Abu, si Syahrul terdengar yang rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan terletak kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh di pedalaman, sungai tu lebih kurang 5km dari kampung tu, berdekatan tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Syahrul dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Syahrul masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motorsikal dia. Sepanjang perjalanan Syahrul bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Syahrul sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Syahrul nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Lantas, dia bergegas berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Syahrul segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Syahrul di rakaat yang kedua, Syahrul tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "Hish, sapa pulak yang gelak2 tu?" bisik hati Syahrul, setiap kali Syahrul sujud, Syahrul terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa, Syahrul tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebeb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Syahrul tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Syahrul dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Syahrul meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun2 kepala sampai ke dagu, dan tiba-tiba Syahrul tersedar.

Hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Syahrul sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Syahrul blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.


AbaNg! Sayang nak Kongkek

skirt awek tersepit

Petua agar tidak bosan di dalam lif



p/s: hahaha, macam manalah si Syahrul ni boleh sembahyang pakai helmet ni.hehe..agak2nya, dia tak basuk muka, anak rambut dan telinga ke masa berwudhuk ye?hakhak..


Kongsi

Apakah Benda atau Perkara Paling Pantas?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, jom kita baca lawak Apakah Benda atau Perkara Paling Pantas. Mungkin ada antara kita yang telah baca sebelum ni, tapi bagi yang belum baca, enjoy ye :-)

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Jadi, calon ke-4 telah diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


Meletup!!! Software Autoblog Samurai untuk Blog Clickbank,Adsense, Amazon atau apa-apa blog English!!!

Habis Madu Sepah Dibuang

Lawak Cara Isi Borang Kerja Kosong


Kalau kawan-kawan dah takde kerja,bolehla bagi teka-teki Apakah Benda atau Perkara Paling Pantas ni kat kawan-kawan yang lain kan.hehe
Kongsi

Kisah Tiga Mayat

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, jom baca lawak Kisah Tiga Mayat.
Sorilah kalau akhir-akhir ini amri kurang update entry blog,amri kurang sehat sket.Ntah macam manalah amri boleh dapat Chicken Pox ni. Padahal kecik-kecik dulu dah dapat.huhu..Apa-apa pun,selamat membaca lawak kisah tiga mayat ya..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”

Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”

Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”

Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”

hehe..lawak tak kisah tiga mayat ni kawan-kawan?hehe
Kongsi

Singkatan Jenama Kereta Yang Lawak

Assalamu'laikum dan salam sejahtera..jom kita tengok singkatan jenama kereta yang lawak..


bmw
BMW= Brings Me Women


lexus
 LEXUS= Luxury EXports to United States


fiat grande
 FIAT= Failure in Italian Automotive Technology


hyundai
HYUNDAI= Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive


vovlo

VOLVO= Very Odd Looking Vehicular Object



porsche
 PORSCHE= Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything


kia
 KIA= Kills In Accidents


opel
 OPEL= Old People Enjoying Life


toyota
 TOYOTA = The One You Only Trust, Always

PROTON= Powerwindow Rosak Ooh Tidaaaakkk Ohhhh Nooooo!

ops, proton pun ada jugak ye..

[Gambar] Kereta yang Fail

Kereta putus lekat di tiang
Kongsi

Lawak Tiga Sekawan Kura, Katak dan Ulat

Ada tiga sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.

kura-kura


Pada suatu hari,si KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia pun mengajak ULAT dan KATAK ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA berkata kepada KATAK.

katak


KURA: Hei,katak, aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK: em...patutlah,rokok dah habis lah..
KURA: Aah, betullah. Apa kata kau pergi beli rokok sekejap kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je. Kau mintak ulat jelah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT: Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolonglah pergi beli kejap. Kau pun nak hisap rokok jugak kan. Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli. Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai. KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT. KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA: Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT: Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis, dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

ulat


muahahaha...kesian kat ulat, xsiap2 pakai kasut.kaki banyak sangat.hehe..

psst..psstt..

Kongsi

Habis Madu Sepah Dibuang

Assalamu'alaikum semua, jom baca kisah Habis Madu Sepah Dibuang..

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan.Insan??? mmm.insan perangai umpama syaitaannnn...

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yang menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku? Dan setiap kali itulah juga aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yang sempit bersama 19 yang lain. Tauke Sakai.. ye..aku masih ingat nama itu..dialah yang memiliki kami..

sarang madu lebah


Suatu malam datang seorang lelaki bernama Roy, AKu tak pasti apa yang dibincangkan oleh Roy dengan
Kongsi

Lawak Cara Isi Borang Kerja Kosong

Disebabkan dah boring isi borang kerja kosong tetapi asyik tak dapat je, Amad menggunakan teknik baru supaya syarikat yang dia mohon kerja memberi perhatian kepada permohonannya. Berikut cara isi borang kerja kosong yang dilakukan oleh Amad:

kerja kosong


Name :
Kongsi

Cara Kurangkan Kos Syarikat

Seorang Bos mengadakan mesyuarat tergempar dengan pekerja-pekerjanya bertujuan untuk berbincang cara-cara untuk kurangkan kos syarikat:

Bos : Oleh kerana masalah kegawatan ekonomi, saya memanggil kamu semua untuk membincangkan cara untuk mengurangkan kos syarikat ini.Ada sesiapa yang mempunyai idea?

Amad : (sambil angkat tangan dengan pantas) Potong gaji bos!

p/s: agak-agak boleh dipraktikkan tak?hehe
psst..pssst..Fakta-fakta Yang Kelakar
Tips Langgan Channel Astro MUSTIKA Secara Percuma
Jangan Salah Tafsir
Kongsi

Teka Teki Sempena Hari Raya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin amri ucapkan kepada semua. Besempena dengan raya yang beberapa hari lagi bakal menjelma, jom layan teka teki sempena hari raya ini.

1. Kertas apakah yang paling popular pada hari raya?

2. Lagu raya apa yang ada mengandungi perkataan Bahasa Inggeris?

3. Selain duit raya, apakah lagi yang berleluasa setelah berakhirnya puasa?

4. Jenama ubat gigi yang ada kaitan degan raya?

5. Bunga apa yang berkembang mekar di malam raya?


JAWAPAN

1. Kertas Angpau.


angpau raya


2. Lagu Saloma ‘Miskin Kaya memakai baju baru warna warni, mengunjungi sanak kaum FAMILI’
3. Hantu raya..haha, yeke?
4. Ubat gigi Raiya.
5. Bunga api.


bunga api


Kongsi

Apabila Ayam Dan Kambing Bersembang

Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

ayam


Ayam : hai Kambing, apa khabar?

Kambing : Baik. Wah, ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

kambing


Ayam : Takde nak ke mana-mana pun. Saja nak tengok reaksi kau.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun kau berhias, kau jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : ooo,kau kutuk aku ye. Kau pun apa kurangnya.....

Kambing : Apesal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...haha...

Baca lawak Andainya Binatang Ada Facebook dan Lawak Gajah Mati lak..

Kongsi

Teka Teki Yang Nak Kena Penampar

Assalamu'alaikum semua.Amri ingin berkongsi Teka Teki Yang Nak Kena Penampar. Haa, nak tahu tak apa keistimewaan teka teki ni? Keistimewaannya ialah, bila kita baca teka teki ni,rasa macam nak bagi penampar je.hakhak..ok,jom baca ye :-)

1)Lubang apa yang rasanya hangat,nikmat dan nyaman?
Jawapan: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak apa yang disukai oleh
Kongsi

Lawak Bodoh 5

Terdapat 3 orang gila yang mengambil ujian perlepasan hospital . Lalu doktor tersebut bertanya kepada orang gila yang pertama, apa yang kau mahu bawa jika berada di gurun, orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu orang gila itu dilepaskan


payung



Doktor itu menanya soalan yang sama kepada orang gila kedua, lalu dia menjawab saya akan
Kongsi

Lawak Bodoh 4

Samsul pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

durian


Samsul :Bang harga durian ini berapa?
Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji

Samsul kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samsul buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Samsul : Bang.. Boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Samsul : Lahupa.. boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu
Kongsi

Lawak Bodoh 3

Salam sejahtera, terimalah Lawak Bodoh 3 pulak ya. selain dari itu,boleh juga baca lawak-lawak bodoh lain iaitu Lawak Bodoh 1 dan Lawak Bodoh 2.

Syahrul ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehinggalah polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Syahrul berlari pulang dan terlupa membeli telur. Syahrul dengan penuh semangat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...

telur


Tiba-tiba ibunya mencelah, Telurnya mana?
Syahrul menjawab, Err... . Syahrul tak tau pulak ke mana tercampaknya!

Hahaha..emak Syahrul maksudkan telur ayam,tapi lain lak yang si budak syahrul ni faham...Yang tak faham tu,buat-buat faham ye kawan-kawan.hehe

Kongsi

Lawak Bodoh 2

Salam sejahtera, sekarang terimalah lawak bodoh yang ke2 pulak ya. kalau yang belum baca Lawak Bodoh 1, bolehlah baca di Lawak Bodoh 1 ya. Baiklah,teruskan membaca Lawak Bodoh 2 ni.

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. Terdapat satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer pada alat penimbang tersebut.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang ramai. Setelah memasukkan wang RM 1.00. Mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit kemudian, datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!

Hahaha..bongok betul mesin penimbang ni..kesian kan peperempuan ketiga ni kan.huhu
Kongsi

Lawak Bodoh 1

Salam sejahtera. kalau sebelum ini amri telah berkongsi Lawak Siapa Bodoh, kali ini lawak yang ingin amri kongsikan ialah Lawak Bodoh 1. Baca selanjutnya ya..

Pada suatu malam, pintu bilik tiba-tiba dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak... Seorang lelaki dengan wajah bengis mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na... nama sa... saya... Rohani
Perompak : Rohani? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.
Suami : Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... .


Haha..Kawan-kawan faham tak lawak bodoh ni?hehe
Kongsi

Lawak Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,amri ingin berkongsi satu lawak yang bertajuk Lawak Bulan Ramadhan...Selamat membaca ya kawan-kawan :-)

bulan ramadhan


Kisahnya terjadi di bulan ramadhan...
Ada sebuah keluarga yang terdiri daripada 3orang ahli iaitu emak, bapak dan anaknya Mail..bukan Mail Lambung ye.hehe
Pada pukul 2 petang, si emak ni terperanjat tahap gaban kerana
Kongsi

Lawak jam paling lambat jatuh

Salam sejahtera dan salam ramadhan semua. Lawak kali ini ialah Lawak jam paling lambat jatuh . Rasanya macam dah lama tidak berkongsi lawak. Lawak terakhir yang amri kongsikan sebelum ini ialah

Pada satu hari ada tiga orang brader. Mereka ni nak naik Big Ben Tower yang kat London.

big ben tower
 Big Ben Tower


Bila dah sampai kat atas mereka rasa tersangatlah boring...  jadi, mereka pun buatlah satu pertandingan... Dalam pertandingan itu, mereka kena campak jam tangan ke bawah dan sambut. Sapa yang sempat sambut jam tangan mereka dikira sebagai
Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed