RSS

<-----Yang Terhangat----->

Siapa Bodoh?


Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera, kali ini Amri ingin berkongsi satu lawak yang bertajuk siapa bodoh. Oh ya, sebelum ini Amri ada berkongsi mengenai laman web Genglogger.com yang telah di hack.

Kalau belum baca boleh baca di entry Gempar! Gengblogger.com kena hack Harap-harap cepatla website Gengblogger tu pulih. Oh ya, berbalik kepada lawak yang amri ingin kongsikan bersama kawan-kawan, jom baca lawak siapa bodoh di bawah ya...

orang bodoh


Pada satu hari, ada dua orang kaya duduk di sebuah cafe sambil berbual kosong mengenai gaji masing-masing.



Datuk Aziz: “Kau tahu tak, pembantu rumah aku tu memang bodoh nak mampus. Kalau kau tak percaya, mari lihat ni.."

Terus Datuk Aziz memanggil pembantu rumahnya, Abu..

“Abu, ini RM10 , awak pergi ke kedai, tolong belikan saya sebuah kereta BMW.” Abu pun menjawab dengan sopan, “Orait tuan, sekarang jugak saya pergi”

Terus Abu bergegas ke kedai yang menjual kereta. Datuk Aziz terus mengatakan pada kawannya itu, “lihat tu,kan betul yang aku cakap? dia tu memang bodoh

Datuk Zaim: “Haha, itu belum apa-apa lagi. Aku punya pembantu rumah lagi bodoh”.

Terus Datuk Zaim memanggil Amad, “Amad, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Amad: “Yes Sir!Sekarang jugak saya pergi !” Amad pun bergegas ke rumah tuannya.


am i stupid?



Datuk Zaim memandang kawannya sambil gelak macam orang gila.

Beberapa minit kemudian kedua-dua pembantu rumah itu terserempak di tengah jalan.

Abu: “Eh kamu tahu, bos saya tu sangat-sangat bodohla. Ada ke dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli kereta BWM , mestilah tak boleh, sebab hari ni kan hari minggu, mestilah kedai tutup.."

Amad: “Bos saya pun bodoh tahap Mr Bean gak. Boleh pulak dia suruh aku pegi tengok
dia ada kat rumah atau tidak. Setahu aku dia takde kembar.haihh...”

so kawan-kawan, dalam lawak ni siapa bodoh? dua orang Datuk tu atau dua orang pembantu rumah ni?hehehe
kelab-jutawan


Kongsi

4 komen:

.izzati liyana. said... [Reply]

haha. sengal. semua pon bodoh boleh tak? haha.

amri said... [Reply]

haha..semua skali ke?boleh kot.hehe

Chempaka Sari said... [Reply]

la pembantu lah yg bodoh huhuhu....

amri lawak kelakar said... [Reply]

@cempaka sari- pembantu pun lebih kurang ngan bos.hehe

 

speed