Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, ape kes lak ya sembahyang pakai helmet? Ok2, kawan-kawan jangan ambik serius lak ye. Ini adalah kes lawak je.apa-apa pun, selamat melayan lawak sembahyang pakai helmet ni ya :-)
Syahrul merupakan seorang kaki pancing, mana saja lubuk atau sungai semua dia pergi, kalaulah ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, si Syahrul ni mesti pergi cuba memancing kat situ.
Satu hari semasa minum kat kedai kopi Pak Abu, si Syahrul terdengar yang rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan terletak kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh di pedalaman, sungai tu lebih kurang 5km dari kampung tu, berdekatan tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Syahrul dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Syahrul masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motorsikal dia. Sepanjang perjalanan Syahrul bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Syahrul sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
Tak lama kemudian Syahrul nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Lantas, dia bergegas berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
Syahrul segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Syahrul di rakaat yang kedua, Syahrul tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "Hish, sapa pulak yang gelak2 tu?" bisik hati Syahrul, setiap kali Syahrul sujud, Syahrul terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa, Syahrul tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebeb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Syahrul tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Syahrul dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Syahrul meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun2 kepala sampai ke dagu, dan tiba-tiba Syahrul tersedar.
Hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Syahrul sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Syahrul blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.
AbaNg! Sayang nak Kongkek
skirt awek tersepit
Petua agar tidak bosan di dalam lif
p/s: hahaha, macam manalah si Syahrul ni boleh sembahyang pakai helmet ni.hehe..agak2nya, dia tak basuk muka, anak rambut dan telinga ke masa berwudhuk ye?hakhak..
4 komen:
Singgah sini kasi traffic.. :)
pakai helmet pun sah.. tp malu laa!
heheh... macam2...
yang penting sembahyang
Post a Comment