Assalamu'alaikum semua, jom baca kisah Habis Madu Sepah Dibuang..
Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan.Insan??? mmm.insan perangai umpama syaitaannnn...
Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yang menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku? Dan setiap kali itulah juga aku kecewa, hampa!!
Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yang sempit bersama 19 yang lain. Tauke Sakai.. ye..aku masih ingat nama itu..dialah yang memiliki kami..
Suatu malam datang seorang lelaki bernama Roy, AKu tak pasti apa yang dibincangkan oleh Roy dengan
Tauke Leong..apa yang aku ingat..setelah itu Roy menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerana mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.
Roy membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Tiba-tiba Roy berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Roy menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yang lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Roy semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali.. terasa sekujur tubuhku membahang.. TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku.. tubuhku semakin longlai dikerjakan Roy. Sampainya hatimu Roy..engkau manusia berhati binatang!!! syaitan!!! bertopengkan manusia..
Roy menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yang tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Roy senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Roy kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..
Roy memperkenalkan aku pada nya..Zul, begitu jugak dengan yang lain-lain Jack, Poie dan si gemuk itu. Apiz. Zul membisikkan sesuatu pada Roy..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Zul. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagai kan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan? itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku. Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!!!!!!!!
Yang Benar,
SEBATANG ROKOK
p/s: sungguh emosi rokok kat atas ni kan..hehe..
0 komen:
Post a Comment