RSS

<-----Yang Terhangat----->

Lawak Malas


Assalamu'alaikum semua..kali ini amri nak share satu lawak ni.Tajuk dia pasal Malas. Amri percaya dah ramai yang pernah baca lawak ni. Untuk yang belum baca lagi,enjoy ye :-)

lazy cat


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung yang mana semua
rakyatnya amat rajin belaka. Tiada seorang pun yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman bahawa baginda hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”



 bila kucing tido siang,orang selalu kata kucing malas kan.hehe.padahal tu dah lumrah kucing.huhu

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”


p/s:haha.lawak-lawak..tapi,apelah motif raja ni cari orang malas ye. Nak pancung orang tu ke?hehe
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed