Salam sejahtera semua, kali ini amri ingin berkongsi Lawak Teka Teki 3. Sepanjang siang hari, tak sempat pulak amri nak update entry. dari pagi sampai pukul 10.30 mlm ada program.huhu. Nasib baik ada jugak kesempatan untuk update post dengan entry yang bertajuk Lawak Teka Teki 3.
Kalau yang belum baca lawak teka teki 1 dan 2, bolehla baca di Lawak Teka Teki 1 dan juga Lawak Teka Teki 2
Untuk Lawak Teka Teki 3, jom baca selanjutnya ya.
Soalan-soalannya
1. Seekor burung sedang terbang lalu terserempak dengan sebuah kapal terbang di udara. Tiba-tiba burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?
2. Pokoknya di atas bukit manakala daunnya di dalam air. Apakah dia?
3. Kalau manusia jadi ikan, apakah yang
akan terjadi kepada ikan?
4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dengan membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, apakah yang turun dulu?
5. Ikan apa yang sentiasa sejuk?
6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
7. Buah apa yang kita langkah dulu sebelum makan ?
8. Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang tidak pernah duduk ?
9. Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yang malang. Apakah itu?
10. Andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 orang diambil. Di stesen kedua, 2 orang turun dan 7 orang naik. Di stesen ketiga, 3 orang turun dan 8 orang naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
11. Emak anas ada 5 orang anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
12. Apakah solat yang ada 3 tahiyat?
13. Bagaimana untuk naik haji jika tiada duit?
14. Apakah tempat yang Paling kecil di dunia?
15. Dalam banyak-banyak bola, bola apa yang pemainnya hormat?
Jawapannya adalah,jeng,jeng,jeng....
1. burung sedang tutup telinganya
2. daun teh
3. ikan jadi banyak sebab manusia tidak makan
4. meter bas
5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru)
6. kerana anak itu perempuan
7. buah dam
8. ikan
9. mancis
10. umur anda
11. Anas
12. solat maghrib masbuk
13. main dam haji
14. setapak
15. bola golf
Diharapkan kawan-kawan terhibur dengan lawak teka teki 3 ini ya :-)
sekian...
1 komen:
haha style.. tp bnyk jwpn leh agak ps soalan ke 5..
Konspirasi Panas Duit Syiling Siri Ke-3 Malaysia
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/konspirasi-panas-duit-syiling-siri-ke-3.html
Post a Comment