Bekas finalis Akademi Fantasia 8, Maulana Mohamad @MaulanaHM dalam diam-diam rupanya sibuk menjalani sesi rakaman serta menghadiri jemputan nyanyian. Selepas RSVP, Maulana pernah menerbitkan single Muzikal Melodi Cinta, namun tidak mendapat promosi yang meluas. Ekoran daripada itu, Maulana mengambil langkah untuk keluar daripada Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) &
bergerak secara solo mulai bulan Jun yang lepas.
“Sejak bergerak secara solo, aku kena bekerja lebih keras demi mencari sesuap nasi. Tapi, aku puas hati sebab aku boleh tahu segala perjalanan pembuatan lagu daripada A-Z, termasuk’lah dari segi promosi atau jualan. Aku akui terpaksa start all over again, namun aku percaya pada konsep no pain no gain,” jelas Maulana yang lengkap bertopi.
OHBULAN! : Eh, kau ni hensem bagai, gaya pun ada. Kau gay ke?
Maulana : “Gila! Kau ni memang kan? Ha Ha (Maulana gelak pecah perut)
“Tak, aku bukan gay der. Walaupun ada sesetengah orang yang cop aku ni macam gay, tapi aku tak kisah pun. Pada aku, orang tak tahu cerita sebenar, so biarkan je lah. ”
“Terus terang bro, sebelum ini ada VIP yang sanggup nak spedo aku. Huh, simpang malaikat 44. Aku nak jelaskan bahawa diri aku ni memang straight, tak bengkok-bengkok.”
“Namun, aku tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa, asalkan kita boleh hormat antara satu sama lain,” jelas Maulana menafikan tuduhan gay yang dilemparkan terhadapnya.
OHBULAN! : Yer ke? Kalau kau straight, siapa girlfriend?
Maulana : Ha ha. Aku single and available.
OHBULAN! : Okay, kau gay!
Nota: Sesi perbualan ini berlangsung dalam keadaan gelak ketawa. Jadi, kami harap anda dapat enjoy dengan perbualan ini.
sumber
1 komen:
Gay ke Pondan ke, janji ade org syg....ewaahhh...statement boleh kena banned ni~~
Post a Comment