Salam kwan-kawan..
ok,kali ini amri akan perkenalkan serba sedikit mengenai amri ya..nama,cukupla amri.takkan nak bagi nama penuh kan.hehe. amri lahir bulan september 1987. Asal dungun, Terengganu. Tapi sekarang masih belajar di tahun akhir Fakulti Perubatan UKM. insyaAllah,kalau xde aral melintang, bulan mac 2012 nnt amri akan
abis belajar dan jadi seorang doktor. Kawan2 doakan jugak kat amri ye.
Amri ada 9 org adik beradik dan amri anak ke 3. 8 org yang pertama adalah lelaki dan yg bongsu tu perempuan.Sekarang,umur yg bongsu tu baru 6 tahun.Anak emas kot dia.biasala,anak bongsu kan.hehe
Sebenarnya, abang amri yang sulung dah tiada,dia dah meninggal dunia 3 tahun lpas,iaitu pada 04/06/08 akibat jangkitan kuman dalam darah..kalau medikal term,kita panggil septicaemia. Semoga arwah abang saya di tempatkan di kalangan org yang beriman.amin..
Manakala,adik amri yang ke 2(anak ke 5) pulak masa kecik dia terkena demam panas dan akibat dari demam panas tu,dia terkena sawan dan masuk kat ICU lebih seminggu jugakla.Tapi,sampai sekarang,memang dia dah jadi OKU la. sebab memang total dia bergantung kepada orang lain. Makan,minum,mandi,pakai semua kami yg buatkan...Malah,dia juga x boleh bercakap.Memang kesian. Setiap kali amri pikirkan pasal dia,memang akan menitis jugakla air mata.
Selain daripada tu,adik amri yg ke 4(anak ke 7)jugak pernah mengalami perkara yang sama. Iaitu demam panas. Pada mula2 mmg dia xdemam. Tapi,tiba2 waktu tengah duk bermain-main,adik amri tu pengsan. Bibir pucat dan mata tertutup. Terus cepat2 ayah ambik bawak masuk bilik mandi dan basuh kepala adik amri tu. Hinggala dia tersedar. Syukur Alhamdulillah sebab dia terjaga semula. Kalau tak,mesti dia jadi macam adik amri yang no 2 tu.
Amri rasa,cukupla setakat ini yang amri dapat share. sebenarnya banyak benda yang amri boleh share. Tapi,xpelah,perkara2 yang sedih2 ni, kita cuba lupakanla kan.. insyaAllah..
kepada kawan2 yang membaca post ini,addla blog amri ye..atau pon letakkan nama dan blog kat bahagian kanan,bawah sekali blog amri ye..sekian terima kasih :-)
0 komen:
Post a Comment