Hai, kali ini amri ingin share mengenai Transformers 3 : Dark Of The Moon – Antara Pujian & Kritikan yang amri petik dari sumber
KUALA LUMPUR – Jom tengok wayang! Kali ini filem yang
bukan sahaja mencetuskan fenomena di Malaysia malah di seluruh dunia : Transformers 3 : Dark of the Moon apabila mencatatkan kutipan RM143.9 million di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada hari ketiga tayangannya.
Di peringkat tempatan, masih belum ada pengumuman kutipan yang dicatatkan di pawagam-pawagam di seluruh negara namun berdasarkan tempahan tiket dan barisan yang begitu panjang untuk membeli tiket, pastinya kutipan jualannya mampu mencecah puluhan juta ringgit di akhir tempoh penayangannya.
Transformers 3 : Dark of The Moon adalah filem dalam klasifikasi PG 13 yang ditayangkan selama 2 Jam 32 Minit dalam genre aksi & sains fiksyen dengan dibintangi oleh Shia LaBeouf, John Turturro, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley, Patrick Dempsey, Kevin Dunn, John Malkovich dan Frances McDormand.
Sinopsis filem ini agak mudah untuk difahami iaitu Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime kembali menentang musuh utama, Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 dalam Transformers 2 : Revenge of The Fallen, mereka datang sekali lagi untuk menuntut bela daripada Autobots.
Dalam Transformers 3 ini, Autobots dan Decepticons terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan AS dan Rusia. Sekali lagi, khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut.
Terdapat beberapa karakter baru termasuk watak jahat dalam bentuk Shockwave. Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers di mana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.
Menurut tinjauan mynewshub.my, rata-rata blog-blog hiburan memuji-muji filem arahan Michael Bay ini yang memberikan penarafan yang cukup tinggi dan galakan menontonnya berdasarkan pemsembahan serta jalan ceritanya yang menarik, aksi-aksi watak yang cukup menguja serta menghiburkan serta kecanggihan animasi filem itu.
Menurut Blog http://www.kakiwayang.com berkata, pihaknya kagum kagum dengan filem ini dan memberi rating 9/10.
“Walaupun kami dengar ramai yang memberi komen jalan cerita agak mengecewakan, pada saya, cerita ini agak menarik sebab masalah yang dibawakan itu sangat berat. Berbanding siri sebelum ini, saya rasa kali ini memang macam betul-betul Autobot patut berputus asa. Masalah itu lebih besar dan lebih kusut,
“Part yang tak best ialah penyelesaian kepada masalah itu. First, satu-satunya sebab Optimus tak mati kat situ ialah kerana Carly telah berjaya mensaiko Megatron (apekah?) hebat sangat awek ni?,
“Then, mudah2 saja robot kecik 2 orang tu masuk dalam kapal Decepticon dan rosakkan semua tanpa die kene belasah lepas tu. Then, digambarkan Bruce sangat la hebat dalam cerita ini kan, sampai nampak x logik? Dan banyak sangat la Sam nak jatuh dalam filem ni dan asek terselamat je kan..haha…,” katanya.
Blog itu juga amat kagum dengan teknologi manusia di mana ada manusia boleh terbang begitu saja dengan memakai sayap (sangat cool kan?). Memang style.
Sebagai kesimpulan, blog kakiwayang mengesyorkan tengok filem ini di wayang sebab filem ini memang fokus pada aksi robot yang memukau mata dan minda berbanding jalan cerita.
Blog elihjapahar pula berkata, Transformers 3 adalah kesinambungan daripada Transformers 1 dan Transformers 2 yang merungkai persoalan daripada siri yang sebelumnya.
Penceritaan mengenai kehidupan Sam Witwicky bersama kekasihnya, Carly juga diselitkan bagi memantapkan lagi jalan cerita filem ini selain watak Carly (supermodel Rosie Huntington-Whiteley) juga setanding Megan Fox yang digambarkan sebagai hebat, seksi lagi mengancam.
“Selepas ni, rasanya mau tengok 3D pulak..sesiapa yang belum tengok, pergilah tengok kerana filem ini berbaloi, hebat, dan mengancam..,” kata elihjapahar lagi.
Dalam masa yang sama, blog akudansesuatuz menyatakan bahawa watak dan peranan heroin baru, Carly lakonan Rosie Hungtinton tidak jelas dan tidak banyak membantu. Beliau lebih banyak berkepit dengan sang hero, Sam Witwicky selain menjadi ‘penyeri majlis’.
“Pertengahan filem ini agak meleret dan membosankan. Ada part-part yang tidak memberi kesan terhadap jalan cerita dan jalan cerita hampir sama dengan Transformers 2 Revenge of The Fallen di mana Tentera US membuat kesilapan mengusir Autobots dari bumi dengan harapan Decepticons akan meninggalkan bumi namun ia mengakibatkan Decepticons bermaharajalela di bumi,” katanya.
Selain itu, blog itu juga agak kecewa apabila Ironhide iaitu pakar senjata Autobots dan robot kanan Optimus Prime mati dibunuh Sentinel Prime.
“Tak sangka Starscream boleh kalah di tangan Sam Witwicky dan Tentera US. Nampak tak logik,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, penulis blog rerkesima dengan teknik CGI yang hampir tiada cacat celanya. Ini menghidupkan babak perperangan antara robot yang nampak real.
“Apa-apapun saya bagi 3.5 dari 5 bintang. Kepada sesiapa yang nak tengok di pawagam tu di nasihat beli tiket awal jika nak tengok pada hari minggu ini kerana pawagam di jangka akan sesak dengan peminat Transformers,” jelasnya yang menggunakan nama pena, Velasrizal Rodriguez.
sumber
0 komen:
Post a Comment