Assalamu'laikum dan salam sejahtera..salam aidilfitri amri ucapkan kepada semua. Hari raya ke2 baru amri berpeluang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kat negara kita sambut Hari Raya pada 30 ogos 2011, manakala kat negara Indonesia, mereka mula menyambut Aidil Fitri pada 31 Ogos 2011.
Dalam keghairahan kita semua menyambut hari raya, janganlah sesekali kita membazir pulak ya. Biasalah kan, hari raya lah kita "terpaksa" makan banyak-banyak.hehe. Mana tak "terpaksa" nya, kalau pergi beraya dari rumah ke rumah, sudah pasti tuan rumah hidangkan makanan macam-macam kan, kalau tak makan, takut tuan rumah terasa pulak kan.hehe
Disamping itu jugak, kalaulah kita tahu atau kenal mana-mana fakir miskin, atau orang yang tidak berkemmpuan untuk menyambut aidilfitri seperti orang lain, jemputlah mereka datang beraya kat rumah kita kan..Diharapkan, dengan menjemput mereka, dapatla juga mereka merasai nikmat hari raya kan.InsyaALlah...
Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal pulak ya. Kalau amri tak salah, 1 hari puasa di bulan syawal bersamaan 10 hari puasa Ramadahan. Jadi, sama-samalah kita menunaikan nya ya.insyaAllah...
Sekali lagi, amri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir Dan Batin...
0 komen:
Post a Comment