RSS

<-----Yang Terhangat----->

Kematian Steve Jobs catat rekod dalam Internet


SYDNEY: Kematian Steve Jobs bakal mencatat rekod apabila pengagum dan peminat teknologi menjadikan Internet sebagai saluran menyatakan kesedihan mereka.
Sebanyak lima daripada 10 topik dipos di laman media sosial adalah mengenai Jobs, termasuk menggunakan kata kunci #ThankYouSteve dan #iSad dalam Twitter.

steve jobs


Dua daripada kenyataan popular Jobs - Think Different dan Stay Hungry - juga menjadi pilihan pengguna Internet sehingga sempat menyebabkan Twitter sesak seketika akibat penggunaannya yang meluas.
Penganalisis media sosial berkata, Jobs berpotensi memecah rekod sebagai isu paling banyak diperkatakan dalam sejarah Internet.

Agensi pemantau SR7 menganggarkan, nama Jobs disebut 10,000 kali sesaat di Twitter dan dijangka kadar itu terus meningkat.

Pengasas bersama SR7, Peter Fraser, berkata mereka menunggu kenyataan rasmi Twitter tetapi berdasarkan kepada jumlah yang dipantau, ia mungkin memecah rekod sedia ada.


Rekod terkini dipegang penyanyi Beyonce Knowles yang mencatat 8,868 pos sesaat apabila dia mengumumkan kehamilannya.

sumber-harian metro

[Gambar] Jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor
Apabila Ayam Dan Kambing Bersembang
Tips Untuk Tingkatkan Alexa Rank
kelab-jutawan


Kongsi

1 komen:

I do I need Iman said... [Reply]

huiyoo yeke. cube klo org mlysia cmtue. cm x je...;p

jmput.
http://mawarkuwada.blogspot.com/2011/10/rindu-hatiku-yang-terpendam.html

 

speed