RSS

<-----Yang Terhangat----->

Manfaat Dan Kepentingan Blogwalking


Assalamu'alaikum. Amri ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai BLOGWALKING.

Ape ya BLOGWALKING?
-blogwalking dengan erti kata yang mudah ialah kita pergi melawat atau jalan-jalan ke blog atau website orang lain.

Bagaimana cara untuk blogwalking?
-Caranya cukup senang, kita cuma pergi ke mana-mana blog atau website dan kita  tinggalkan komen di posting blog atau website tersebut. Dan sekiranya website atau blog tersebut mempunyai chatbox seperti Shoutmix atau Cbox. Tetapi Shoutmix lagi senang kerana sekali kita komen di mana-mana blog yang menggunakan Shoutmix,kita tak perlu lagi untuk masukkan data nama dan url blog apabila kita pergi ke blog lain kerana shoutmix secara automatik simpan data tersebut.Cuma perlu masukkan mesej/ayat kita sahaja.

blogwalking


Apa manfaat kita BLOGWALKING? Macam lagi menambah trafik ke blog orang lain je?

-kalau difikirkan, memang kelihatan begitu. Tapi,apa salahnya kita buat amal kan?InsyaAllah,kalau kita buat baik,akan dibalas baik. Mana tahu, orang lain yang baca komen kita di Shoutbox tu datang melawat/Blogwalking ke blog kita.

Selain dari itu, manfaat-manfaat lain yang kita dapat dari BLOGWALKING ni ialah:-

1. Dengan mengunjungi blog orang lain, kita boleh mencontohi atau membandingkan penampilan blog,widget,template,iklan dan lain-lain.

2.Kita dapat memperkenalkan blog-blog kita yang baru.

3.Kita boleh meningkatkan bilangan follower blog kita.

4. Dengan mengisi shoutbox,kita boleh tinggalkan mesej atau pesanan kepada pemilik blog mahupun pengunjung ke blog tersebut. Ini secara tidak langsung kita dapat promosikan link blog kita kepada pengunjung-pengunjung ke blog tersebut. Hebat kan? Ini boleh menambah trafik ke blog kita juga :-)

5. Dengan membaca entry/post di blog orang lain, kita sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan kita kerana majoriti blog bukan sahaja jenis peribadi, malah banyak yang turut berkongsi dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita dan juga bermacam-macam tips yang berguna untuk kita pelajari. Bagus kan?

6. Dengan memberi komen di entry/post, kita juga dapat merapatkan hubungan sesama blogger yang lain. Selain itu, secara tidak langsung kita juga dapat meninggalkan backlink/url blog(sesetengah blog) yang dapat meningkatkan trafik blog atau tampilan blog kita di enjin carian Google atau enjin carian yang lain.

Tetapi, dalam meninggalkan komen di shoutbox atau di entry/post, kita mestilah beradab, janganlah kita SPAM ataupun tinggalkan komen seperti "sampah" pulak ye :-)

Selain itu juga, alang-alang dah melawat blog orang lain tu, apa salahnya baca post di blog tersebutkan :-) Dapat juga ilmu atau manfaat dari blog-blog orang lain.hehe..

Sekarang kawan-kawan dah faham ke Manfaat dan Kepentingan Blogwalking ni? Jadi, sama-samalah kita blogwalking ke blog-blog orang lain ye. Bila banyak blogwalking, insyaAllah dapat up trafik, bila trafik up, insyaAllah ranking blog makin up jugak,hehe..kalau belum tahu cara-cara nak upkan lagi ranking alexa blog, boleh rujuk di Tips Untuk Tingkatkan Alexa Rank.

Sekian saja dari saya, semoga perkongsian ini memberi manfaat ye :-)Silakan tinggalkan komen kawan-kawan di bawah atau share dengan kawan-kawan yang lain ye.

Tutorial Cara Autohide Shoutbox dan Chatbox di Sebelah Kanan Blog
Cara Buat Halaman atau Muka Surat di Blog
Cara Mudah Letak Meta Tags di Blog
kelab-jutawan


Kongsi

4 komen:

Izz said... [Reply]

sokong no 5.

Silbiabigail said... [Reply]

terima kasih dtg menyinggah...!

daimpressive said... [Reply]

Blogwalking http://suaraserak.blogspot.com/

Siti Salwana said... [Reply]

http://hijrahku-hijabku.blogspot.com/
terima kasih dengan info
sangat bermafaat pd sy yg baru bermula nak berblog
tq :)

 

speed