RSS

<-----Yang Terhangat----->

Shah Jaszle Mahu Segera Kahwini Miera Liyana


KUALA LUMPUR, 30 JANUARI 2012: Pelakon, Shah Jaszle atau kini mahu lebih dikenali dengan nama Shahrizal Jaszle, 24, akui sudah merancang untuk mengahwini kekasihnya, Miera Liyana dengan segera selepas hubungan mereka dipercayai retak baru-baru ini disebabkan fitnah daripada bekas pembantu peribadinya.

miera liyana dan shah jazle


Malah, Shah Jazle berkata dia sudah pun merancang bersama ibu bapanya untuk segera meminang kekasihnya Miera Liyana yang kini baru berusia 20 tahun.

"Saya sedar, Miera pasti terluka dengan kisah yang tidak benar daripada bekas pembantu peribadi saya itu. Bekas pembantu peribadi saya yang dikenali sebagai Zeel itu sudah memfitnah saya dengan mengatakan saya ada kekasih lain untuk semata-mata meretakkan hubungan kami.

"Padahal gadis yang dimaksudkan itu adalah anak kepada rakan baik ibu saya. Terus -terang kami tiada hubungan istimewa dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada adik beradik saya sahaja.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya sudah pun menerangkan perkara ini kepada Miera dan hubungan kami kini sudah berjalan seperti biasa.

"Bagi mengelak perkara ini tidak berlaku lagi, saya sudah pun menyatakan hasrat kepada ibu saya untuk meminang Miera segera bagi mengelak cerita buruk serta fitnah. Bila masanya itu kami belum pastikan lagi," luahnya ketika menghubungi murai.com.my

shah jazle dan miera Liyana


Gadis yang dikaitkan dengan Shah Jazle sehingga membuatkan hubungan cintanya retak adalah seorang pelajar jurusan kedoktoran di kolej MSU Shah Alam yang hanya dikenali sebagai nama Puteri.

Walaubagaimanapun pelakon utama filem Azura itu amat kesal dengan perbuatan bekas pembantu peribadinya kerana berniat jahat selepas Shahz bertindak memecatnya .

"Zeel telah mereka cerita, serta memfitnah saya kerana mungkin kerana tidak berpuas hati selepas saya bertindak memecatnya.

"Saya memecatnya kerana dia tidak dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Kini saya serik untuk ada pembantu peribadi lagi," tegasnya.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Miera, Shahz menjelaskan hubungannya masih berjalan seperti biasa.

"Saya sudah terangkan semua kepada Miera dan dia faham dengan situasi sebenar. Kami kini masih lagi bersama dan harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

"Lagipun tidak logik, jika mengatakan saya telah curang kerana sepanjang masa saya habiskan bersama Miera.

"Balik dari kerja, saya bersamanya dan jika saya tidak ada penggambaran saya pula menemankannya ke lokasi penggambaran," tambahnya lagi.

Shahz yang sudah menjalinkan hubungan cinta bersama Miera lebih kurang enam bulan lalu, kini sibuk menjalani penggambaran drama Atas Nama Cinta yang akan disiarkan di TV3.

sumber-Murai

p/s:kalaulah Shah Jazle mahu segera kahwini Miera Liyana, baguslah. Sekurang-kurangnya, dah kawin taklah berdosa,pegang2 tangan dan sebagainya :-)
kelab-jutawan


Kongsi

1 komen:

Alieza Dayasari said... [Reply]

singgah dah baca...
hehehehe

 

speed