RSS

<-----Yang Terhangat----->

Kek Lapis Sarawak Haram?


kek lapis sarawak
Salam sejahtera. Sebelum ini dan sekarang kita masih ada mendengar mengenai Kek Lapis Sarawak Haram. Menurut berita yang dikeluarkan di Bernama dan Berita Harian, hanya Kek Lapis Sarawak yang menggunakan Golden Churn Creamy Butter sahaja yang telah disahkan haram. Untuk berita penuh,baca selanjutnya...

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk Golden Churn Creamy Butter selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya

Mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Abang Shamshudin Abang Seruji semalam yang menasihatkan umat Islam di Sarawak supaya berhenti menggunakan produk ''Golden Churn Creamery Butter'' selepas DNA babi didapati dalam satu sampel yang diambil dari pasar tempatan, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kek lapis di Sarawak menggunakan jenama mentega yang berbeza sekarang.

Kek lapis sarawak ni memang sedap kan...

Bagaimanapun, awal bulan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengisytiharkan bahawa produk itu halal selepas satu pencemaran yang didapati hanya terhad kepada sampel yang diambil dari satu kelompok di Johor.

Permintaan untuk kek lapis Sarawak sempena Ramadan dan sambutan Aidifitri bulan depan menurun berikutan ketidakpastian peminat juadah itu berhubung status halalnya.

Rabiah berkata berikutan ketidakpastian itu, permintaan terhadap kek lapis telah menurun 30 peratus tahun ini berbanding 50 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Rabiah berkata banyak pembuat kek lapis di Sarawak memilih mentega yang murah tetapi berkualiti kerana sebelum ini bahan itu agak mahal dan ramai pelanggan terutama dari semenanjung, Singapura dan Brunei mengadu mengenai harganya.

kek lapis sarawak


"Kami menggunakan mentega yang telah disahkan halal sekarang dan mampu menjualnya dengan harga serendah RM10 atau lebih daripada RM50 bergantung kepada reka bentuk dan saiz berbanding RM15 hingga lebih daripada RM60 sebelum ini," katanya.

Seorang lagi pembuat kek lapis Dayang Aspriza Awang Tajuddin yang berpengalaman lebih 10 tahun, memberitahu Bernama, bahawa ramai penjual dan pelanggannya sejauh Pulau Pinang telah menghantar SMS dan meminta beliau untuk mengesahkan status halal kek lapisnya dan mengaku tanggapan salah telah menjejaskan tempahan tahun ini.

Mengikut satu laporan pada Mei 2008, sepanjang tahun 2007, 15 pengeluar Kek Lapis Sarawak membantu menyumbang sejumlah RM5.4 juta kepada ekonomi negeri.

sumber-BERNAMA


“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.). Inilah penyelesaian terbaik terhadap polemik halal dan haram sesuatu produk. Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini, tentu sahaja JAKIM. Kakitangan JAKIM bukanlah para ustaz dan ustazah, atau lulusan agama semata-mata. Ramai juga yang berkelulusan dalam lain-lain bidang termasuklah teknlogi makanan yang menjadi penyelidik di JAKIM.

Ada yang beralasan kita perlu berhati-hati tentang soal dan haram sebab ia melibatkan darah dan daging. Memang benar, berhati-hati amatlah penting, tapi kita tidak diminta untuk berlebih-lebih dalam mengamalkan sikap berhati-hati, apatah lagi kita telah mempunyai ahli zikri dalam masalah ini, iaitu pihak JAKIM.

Dalam Shahih Bukhari ada diceritakan tentang sekelompok orang yang datang dengan membawa daging sedangkan mereka baru masuk Islam dan tidak diketahui apakah mereka membaca nama Allah atau tidak, Nabi mengatakan, ‘Bacalah ‘bismillah’ dan makanlah.’ Dari hadis ini jelas sekali, kita tidak sesekali diminta untuk memperincikan sesuatu yang diluar pandangan dan pengetahuan kita. Dan, dengan adanya ahli zikri dalam hal ini, iaitu para agamawan dan penyelidik dari JAKIM, maka tak perlulah kita menjadi mufti tak rasmi dengan memfatwakan makanan itu halal dan haram di internet dengan berwahyukan khabar angin.

pssst...
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed