RSS

<-----Yang Terhangat----->

Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar


Salam semua, Kematian lelaki tukar jantina diharapkan menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia. Sebelum ini telah banyak berita yang dikeluarkan mengenai Mohd Ashraf atau Aleesha ini. Dalam artikel-artikel sebelum ini,amri ada berkongsi mengenai Mohd Ashraf @ Aleesha ini iaitu di artikel Seorang Lelaki Malaysia Tukar Jantina dan di artikel Isu Hangat Mohd Ashraf @ Aleesha.

KUALA LUMPUR: Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.

Mohd Ashraf@Aleesha


Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata
orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

"Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif."Hassan Din Al-HafizPendakwah bebas

sumber-berita harian
kelab-jutawan


Kongsi

10 komen:

Hana teen top said... [Reply]

wah.....meninggal kerana kemurungan dan tekanan darah rendah ea?sebb smlm member ada bgtau gak..

TeRRoRRiZZ said... [Reply]

innalillah!!!

amri lawak kelakar said... [Reply]

@Hana teen top-a'ah ye kot..sblm ni ada tgk berita kata dia xsihat.tp,tup2 dgr2 dah meninggal..harap2 semoga rohnya dicucuri Rahmat. kita xtahu mcm mana kan,hanya Allah yg Maha mengetahui..

amri lawak kelakar said... [Reply]

@Terrorrizz0 Innalillah..

eira said... [Reply]

innalillah..
Tuhan Maha Berkuasa..
apa yang berlaku pasti ada hikmah..

amri lawak kelakar said... [Reply]

@eira-Saya setuju dengan awk..

amir aizat said... [Reply]

Allah lebih sygkan die

geenasofea said... [Reply]

moga roh nya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. kasihan sebenarnya. al fatihah.

Hana teen top said... [Reply]

A'ar...mudah2an dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

amri lawak kelakar said... [Reply]

@Amir Aizat- saya setuju.mungkin itu yang terbaik..

@Geenasofea-sama2lah kita sedekahkan Al Fatihah buatnya..

@Hana-amin..

 

speed