RSS

<-----Yang Terhangat----->

Lawak Peristiwa di KLCC


Hai, jom baca lawak peristiwa di KLCC @ menara berkembar Kuala Lumpur.


maria ozawa miyabi

gambar hiasan


Pada minggu lepas,kawan saya ni balik lewat dari kerja kerana nak pasyikan yang servers dan PCs di pejabat dia tak kena serang oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 malam. Dia bekerja di tingkat 8 bangunan itu dan hendak turun ke groundfloor.

Apabila dia masuk lift, dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus ke belakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
klcc


Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bermain di fikirannya. 


Teringat dia akan keluarganya di rumah dan sebagainya. Peluh di badan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar seprti akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.

Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantik sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut"

p/s: haha,terkentut je pun.hehe
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed