RSS

<-----Yang Terhangat----->

Ally Iskandar Sah Putus Tunang


ally iskandar bertunang


Salam sejahtera, sebelum ini memang ada desas desus mengatakan Ally Iskandar,iaitu seorang pengacara TV3 putus tunang, tapi sekadar khabar angin. Bagaimanapun, menurut artikel yang dikeluarkan oleh portal Zonartis, Ally Iskandar telah pun disahkan putus tunang.

Ini adalah berdasarkan pengakuan yang telah dikeluarkan sendiri oleh
Ally Iskandar:

Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.


Walau bagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil.
ally iskandar bertunang


Apabila ditanyakan apakah punca perpisahan tersebut,:

Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu.

Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan. Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri.

Nur Aishah Zainal
Bekas Tunang Ally Iskandar, Nur Aishah Zainal

Belum pun reda dengan isu Khairul Fahmi iaitu penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia putus tunang, sekarang muncul pulak isu Ally Iskandar pula yang putus tunang. Semoga apa yang berlaku ini memberi hikmah kepada mereka dan kepada kita semua....

psst..
Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta dan...
Bagaimana untuk mengenali Pak Pandir?
kelab-jutawan


Kongsi

5 komen:

Mekz's! said... [Reply]

biar putus tunang nnt jangan dh kawin cerai pulak. itu la gunanya tunang..kan kan :)) apepun wish Ally bertemu jodoh cepat kelak. amin.

Irma A.Wahid said... [Reply]

ade2 je kan~~xde jdoh mereka berdua~

amri lawak kelakar said... [Reply]

@ Mekz's- amin..betul tu..better putus sekarang drpd putus lps kawin kan..sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

amri lawak kelakar said... [Reply]

@ Irma A.Wahid- mungkin juga bukan jodoh mereka..

Datin NurulSyazwanie said... [Reply]

tunang sorok sorok kan, kawen hebah hebahkan ;)

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed