RSS

<-----Yang Terhangat----->

Fakta Menarik Mengenai Foursquare


Salam sejahtera, amri ingin berkongsi dengan kawan-kawan beberapa Fakta Menarik mengenai Foursquare. Kalau kawan-kawan perasan, ramai di antara kita yang menggunakan aplikasi Foursquare ini. Contohnya di Facebook, ada je kawan-kawan yang post ke facebook mereka melalui Foursquare cakap yang "Lunch di kedai mamak" la.."tengok wayang di Pavillion" la dan sebagainya. Jangan tulis cakap tengah sembunyi dah la, Tapi pada masa yang sama  bagi tahu lokasi tempat sembunyi.hehe..


foursquare


Baiklah,baca selanjutnya...



Foursquare merupakan suatu aplikasi media sosial yang berasaskan lokasi pertama di dunia. Ia merupakan salah satu Media Sosial yang boleh dikatakan menjadi satu ancaman kepada Facebook dan juga Twitter. Berikut merupakan beberapa Fakta mengenai Foursquare ini:

1. 16 April adalah hari Foursquare dan sebenarnya foursquare itu terdiri daripada 2 makna, iaitu four (4) dan square (16). Sehingga gabenor New York, Michael R. Bloomberg menetapkan bahawa hari tersebut adalah hari foursquare. Dan pada hari tersebut direkodkan bahawa terdapat 3 juta orang yang check-in dalam satu hari.

2. Pertumbuhan yang Cepat
Angka pertumbuhan foursquare semakin hari semakin cepat. Dahulu foursquare memerlukan waktu selama 5 bulan untuk mendapatkan 100 ribu anggota dan 7 minggu untuk 1 juta anggota.

foursquare


3. Pertumbuhan yang Antarabangsa
Ada sekitar 358 juta check-in yang dilakukan di luar Amerika Syarikat.

4. Ronald Reagan
Seorang pakar teknologi bernama Tim O’Reilly memberikan gelar khusus bagi Ronald Reagan kerana dia menganggap Reagen berperanan besar dalam membuka jaringan GPS kerajaan Amerika Syarikat untuk digunakan oleh sektor swasta.

5. 5 Bahasa Baru
Foursquare telah diterjemahkan kepada lima bahasa baru, iaitu Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, dan Jepun.

6. 10 Juta Anggota Baru Di Akhir Jun

7. Akhir-akhir ini foursquare telah memiliki anggota baru sebanyak 10 juta anggota dan anggotanya akan terus bertambah seiringan dengan waktu.

8. 7 Negara Pengakses Foursquare Terbesar di Dunia
 7 Negara Pengakses Foursquare Terbesar di Dunia ialah Indonesia, Kanada, Amerika Syarikatt, Australia, UK, Perancis dan Jerman.

Itulah antara 7 Fakta Menarik mengenai Foursquare.

p/s: pada hakikatnya, amri tak pernah pun guna Foursquare ni.hahaha.Kawan-kawan pulak macam mana?
kelab-jutawan


Kongsi

0 komen:

 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed