RSS

<-----Yang Terhangat----->

Elektrik oh elektrik


Hai semua, amri ingin berkongsi satu kisah lawak mengenai elektrik oh elektrik. kawan-kawan dah baca belum entry pasal lawak peristiwa di KLCC? kalau belum,bacalah ya..amri hairan sebab entry tu setakat ini dah lebih 200 orang yang baca.

baiklah,sekarang berbalik semula kepada entry bertajuk elektrik oh elektrik yang mengenai bagaimana perkataan elektrik tu wujud.ok,baca selanjutnya ya...

elektrik



Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan elektrik daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil daripada perkataan melayu campur inggeris.

Ceritanya macam ni... Pada suatu masa dulu, selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana, semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang 


lampu kalimantang


p/s: hehehe..bila baca mengenai elektrik oh elektrik ni macam kisah betul je kan? padahal ni lawak jenaka jerk.hihi
kelab-jutawan


Kongsi
 
Free Auto Backlinks
Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory
On our way to 1,000,000 rss feeds - millionrss.com
Blogged.my

speed